‘Meniaga Kuey Teow Je Ke’ – Seorang Datin Ni Selamba Bagi Ayat Perli. Ini Respon. BaIas PeIakon Hafreez Adam

Sudah menjadi kebiasaan bagi sebilangan artis di Malaysia yang mengusahakan perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan lain dan tidak bergantung kepada bayaran sebagai pelakon atau penyanyi semata-mata.

Dan meskipun hanya kecil-kecilan dan atas dasar minat, perniagaan yang diusahakan sesetengah artis ini patut dipuji memandangkan pendapatan sebagai artis selalunya tidak semuanya menjamin masa depan cerah, terutama ketika mereka tidak lagi popular.

Namun siapa sangka, pelakon Hafreez Adam mendedahkan bahawa terdapat individu yang memperlekehkan dirinya yang menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan membuka gerai makanan. char kuey teow.

Perkara itu dikongsikan Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 30, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Hafreez memaparkan paparan perbualan menerusi direct message (DM) di Instagram oleh individu yang menggunakan ID bernama ‘Datin’ yang dikirimkan kepadanya.

Mesej tersebut kedengaran seolah-olah memandang rendah dengan usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka gerai.

”Kalau tak berlakon, kerja dia (kat) gerai char kuey teow je. Susah lah..pergilah belajar (ambil) degree, sekurang-kurangnya ada ilmu pengetahuan. Muda-muda mesti belajar, jangan buang masa,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, Hafreez kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah malu untuk dilihat sebagai seorang peniaga gerai.

Katanya, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki halal bagi membantu keluarga.

”Je? tetapi saya pandang dari sudut positif. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

”Sekurang-kurangnya Allah bagi jalan untuk saya tolong keluarga juga. Muda-muda ni lah kena kerja keras juga. Nanti jemput datang ke gerai saya ye Datin. Saya belanja char kuey teow,” balas pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.

Pada masa sama, Hafreez turut menasihati anak muda agar tidak pernah berasa malu dengan sebarang pekerjaan halal yang dilakukan.

”Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan putus asa dan jangan malu dalam mencari rezeki selagi korang tahu niat korang.

”Kerja untuk keluarga dan masa depan korang, bukan untuk dibandingkan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing,” luahnya.

P/S : Biar apa pun perniagaan seseorang itu janganlah kita memperlekehkan dia, kerana rezeki semua itu dari Tuhan. Lebih bagus kita mendoakan kebaikan untuk dia. 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak via malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*