Disebabkan Ramai Mesej Marah Marah, Penerbit Buku Akhirnya Dedah Punca Sebenar Puteri BaIqis Tpaksa JuaI Puisi Di JaIanan

PENERBIT puisi 38 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana atau dikenali sebagai Hanna Lola kesal apabila terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan niatnya membantu pelakon Puteri Balqis yang berdepan dengan kesukaran hidup.

Aini berkata, dia menerima banyak mesej daripada individu yang marah dan turut mempersoalkan mengapa dia membiarkan Puteri Balqis atau Aqish untuk menjual sendiri buku puisi itu secara langsung.

“ Niat saya memang nak membantu Aqish supaya mereka boleh menampung kehidupan. Malangnya buku puisi yang dijual secara dalam talian tiada sambutan sehingga Aqish dan ibunya berusaha untuk jual secara langsung.

“ Namun selepas cerita kisah hidupnya tular, ramai pula yang mesej saya dan marah-marah sebab benarkan Aqish yang tidak sihat itu keluar sendiri jual buku. Hakikat sebenarnya mereka tidak tahu. Saya keluarkan modal sendiri untuk terbitkan 1,000 nakshah pertama dan keuntungan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka.

“ Sekiranya tidak dapat membantu daripada segi kewangan dengan membeli buku, sekurang-kurangnya berilah moral support” ujarnya kepada mStar.

Aini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membeli dan membuat sumbangan kepada remaja itu.

Katanya, buku puisi itu sudahpun terjual sebanyak 500 naskhah bagi keluaran pertama.

Sementara itu Aini berkata, mereka dalam perancangan untuk menerbitkan buku puisi edisi bahasa Melayu dalam masa terdekat.

“ InsyaAllah memang kami ada perancangan untuk terbitkan buku bahasa Melayu, ia bukan alih bahasa daripada puisi lama tapi karya baharu daripada Aqish,” ujarnya.

Dalam pada itu Aini menyifatkan Puteri Balqis, 13, sebagai seorang remaja yang tabah dan matang dalam menempuhi ujian hidup.

Katanya, dia mengenali remaja itu dan ibunya Norashikin Mohd Aziz ketika sama-sama berniaga di bazar Uptown kira-kira 10 tahun lalu.

“ Saya kenal rapat dengan Aqish dan ibunya sejak lebih 10 tahun lalu, sampai ada yang sangka saya ibu Aqish dan minta keizinan untuk bergambar,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*