A. Aida Niat Nak Mbantu, Tapi Terkejut Puteri BaIqis Tiba Tiba Tarik Diri Saat Akhir ‘Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir’

Terdahulu pelakon kanak-kanak, Puteri BaIqis Azizi, 13, menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem berjudul Tiada Galang Ganti terbitan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi hari ini.

Aida berkata, apabila Penolong Pengarah menghubungi kembali bagi mengetahui sebabnya, mesej itu tidak dibalas.

” Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir,” katanya.

Itu kata-kata yang diluahkan penerbit, Datuk A Aida yang berkata beliau terkejut dengan keputusan tersebut kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok.

” Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula,” katanya.

Aida berkata, dia tidak akan berdendam atau marah dengan tindakan ibu Puteri BaIqis kerana tawaran diberikan atas dasar ingin membantu.

” Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Semalam, media melaporkan Puteri BaIqis bakal terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan Aida untuk tayangan slot Cerekarama di TV3.

Datuk A Aida mengakui sentiasa membantu pelakon cilik, Puteri BaIqis dengan menawarkannya berlakon.

” Selepas dapat tahu dia sakit sejak dua tahun lalu, saya selalu menawarkannya berlakon. Saya mahu bantu dia dan ibunya menjana pendapatan.

” Apatah lagi saya tahu dia menanggung keluarga, jadi tidak salah jika berikan dia kerja. Lagipun dia pelakon yang berbakat.

” Akan datang dia muncul dalam telefilem terbaru syarikat saya arahan Along Kamaludin. Telefilem ini sedang dalam proses penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, penerbit, Fadzil Teh turut bersimpati dengan nasib menimpa Puteri BaIqis.

” Syarikat saya yang mula-mula bawa di jadi pelakon. Dia memang pelakon yang berbakat. Cuma, apabila dia semakin terkenal, jadual pun sibuk.

” Sehinggalah dapat tahu dia sakit. Pernah juga nak tawarkan berlakon, tapi dimaklumkan jadualnya penuh.

” Sekali lagi saya terbaca mengenai kisah hidupnya yang jual buku di jalanan sekitar ibu negara. Kasihan dia. Insya-Allah, nanti saya nak cari dia dan beli buku itu,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berpesan kepada semua pelakon supaya sentiasa beringat apabila berada di puncak populariti dan kejayaan.

” Apa yang menimpa Puteri BaIqis boleh menjadi pengajaran kepada semua. Kena ingat, langit tidak selalunya cerah. Sentiasalah beringat ketika anda senang dan mewah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*