Nabila Huda Ditegur Selepas Tanya SoaIan ‘Knp Budak Ada Knser Dibiarkan BerjaIan Satu KL Utk Sara Hidup’




Kisah pendedahan pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis, 13 yang mengakui pernah tidak makan tiga hari bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz akibat kepayahan hidup dilalui telah mencuri perhatian ramai.

Ramai yang tidak menyangka bagaimana nasib seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Skrin 2014 itu boleh berubah sekelip mata.

Terdapat segelintir artis yang berkongsi kisah tersebut dengan meminta pihak berkenaan tampil menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun status terbaru yang dimuatnaik oleh pelakon berkaliber, Nabila Huda telah mendapat teguran ramai yang disifatkan tidak sensitif dan tidak memahami situasi sebenar.

” Persoalannya,kenapa seorang budak yang ada knser, dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?

” Kenapa seorang budak kena ikat perut,sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan,bercakap dgn sempurna?”, tulis Nabila Huda

Segelintir warganet menegur Nabila Huda kerana status yang ditulisnya itu tidak menggambarkan situasi sebenar yang terjadi kepada Puteri Balqis dan ibunya.

Malah lebih teruk, ramai yang menyokong dan turut serta mempersoalkan di mana ibu bapa Puteri Balqis dan kenapa sanggup membiarkan seorang anak kecil yang sedang sakit menjual buku di jalanan untuk mencari rezeki.

Walhal sudah diceritakan keadaan sebenar yang terjadi kepada ibu bapa Puteri Balqis yang sudah bercrai sejak beberapa tahun lalu.

” Saya tahu awak tidak berniat untuk menyebarkan kebencian atau yang berkaitan dengannya, tapi dari cara kami membacanya, awak baru saja membuat satu ‘platform for negativity’ dan ramainya yang terpengaruh berdasarkan komen mereka”, tulis Iqbal

Sebelum ini Puteri Balqis mengakui mereka pernah terputus makan dalam dua ke tiga hari. Tapi, tak pernah sampai seminggu. Masih dapat makan walaupun sedikit untuk isi perut.

” Kalau terputus, kami ikat perut. Kami kena berjalan juga jual buku. Apabila sudah cukup dan dapat jual buku, dapatlah kami buat makan,” kata Balqis.

Sementara itu dalam program Bersamamu, diceritakan kedua ibu bapa Puteri Balqis sudah bercrai sejak empat tahun lalu. Puteri Balqis memilih tinggal bersama ibunya dan melalui kehidupan susah senang bersama.

Dalam pada itu bagi menjawab persoalan kenapa ibu bapa Balqis membiarkan anak mereka mencari rezeki menjual buku di jalanan, pertamanya sudah jelas diberitahu ibu bapanya sudah bercrai. Balqis memilih untuk tinggal dengan ibunya.

Gambar, status dimuatnaik Nabila Huda yang ditegur warganet.

Persoalan di mana bapa Balqis pula tidak usahlah menjadi fokus utama kalian. Cukuplah kita tahu Balqis ditinggalkan bapanya dan kini hanya ada ibunya sahaja.

Rakan ibu Balqis yang dikenali sebagai Hanna Lola Azlan turut mendedahkan terlalu banyak yang bertanya soalan serupa. Kalau tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Balqis sekurang-kurangnya bagi lah moral support. Tahu nak ‘blamesaja’. Nak cerita pun terlalu panjang, kata Lola.

Lola yang juga bermurah hati menerbitkan buku Balqis turut menceritakan ibu Balqus pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, Mereka pun ada maruah juga.

Menurutnya lagi, bukan kerana ibu Balqis tidak mahu bekerja, tapi keadaan kesihatan Balqis yang memerlukan ibunya sentiasa memantau menyebabkannya tak boleh nak berkerja.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Twitter Nabila Huda dan FB Hanna Lola Azlan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*