Anak Dia TertggaI Beg Duit DaIam BiIik Darjah Takpe Lagi, Tapi BiIa Anak Dia Cakap TertggaI Barang Yg Ini, Ayah Jadi Panik

Gelagat anak anak ketika di sekolah memang boleh ketawa sampai tak kering gusi. Jadi kebiasaan jika anak anak kita tertinggal barang di bilik darjah seperti buku, alat tulis dan macam macam lagi.

Kisah ini diceritakan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh tentang apa yang terjadi. Memang agak lucu kisah ini. Jom baca.

RUTIN HARIAN AMBIL ANAK BALIK SEKOLAH

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

TIBA TIBA BARANG YANG PALING PENTING TERTINGGAL PULA

“Botol air pun tertinggal ayah.”

“Sreeettttt!”

Terus aku brek emergency.

“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

“Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

RUPANYA ADA JUGA BAPA LAIN TERIMA NASIB SAMA HEHE!

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

“Kenapa tu bang?”

“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

“Yaaaaa!”

“Kahkahkah.”

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 

PAK GUARD PUN SENYUM

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

“Tertinggal apa cikgu?”

“Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*