Filipina Terus Hantar BaIik Ratusan PeIancong Yg Tiba Dari Wuhan, Untuk KeseIamatan Rakyatnya

Pegawai penerbangan Filipina pada semalam menyatakan bahawa kira-kira 500 pelancong China dari Wuhan yang mendarat di Kalibo, Aklan akan dihantar pulang ke tempat asal mereka, lapor CNN.

Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla, menyatakan bahawa pesawat daripada syarikat Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline akan digunakan bagi menghantar pulang kesemua pelancong tersebut. Kesemua mereka dilaporkan telah dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk dihantar pulang.

Difahamkan, syarikat penerbangan Pan Pacific Airlines serta Royal Air Philippines sebelum ini telah menawarkan penerbangan terus dari Wu han ke Kalibo.

Arcilla menegaskan bahawa syarikat penerbangan mempunyai kelulusan untuk menghantar pulang warga China itu kerana mereka adalah merupakan penduduk Wu han.

Pegawai Kesihatan Daerah, Cornelio Cuachon semalam menyatakan, seramai 135 orang warga China dilaporkan tiba di Filipina sebelum pengumuman mengenai penggantungan penerbangan dari dan ke Wu han dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Walau bagaimanapun, tiada warga China yang dikuarantin dan dirujuk ke hospital kerana tidak menunjukkan simptom dijangkiti k0r0 navirus tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : The Standard/CNN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*