Fad Bocey Ziarah Pusara Arwh, Ini Kata Fad Kepada Anak Arwh Buat Ramai Sebak




Selepas hampir dua hari pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam meninggal dunia, akhirnya sahabat baiknya iaitu Fad Bocey berpeluang menziarahi pusara allahyarham.

Sebelum ini Fad dilaporkan begitu terkilan kerana berada jauh di Jepun ketika Abam dikebumikan pada petang Isnin. Dia yang tidak senang duduk di negara matahari terbit itu sentiasa menitiskan air mata kerana amat ralat dengan ketiadaannya disamping Achey menghadapi ujian kehilangan sahabat tersayang.

Pulang dari Jepun disambut hiba

Pulang sahaja dari Jepun, Fad telah disambut Achey dengan linangan air mata sambil mereka memegang baju Abam. Mereka juga terus menuju ke kediaman Abam bagi bertemu keluarga allahyarham.

Akhirnya tiba juga di pusara Abam

Petang tadi, selepas pulang berehat di rumah, Fad dan keluarga sekali lagi menziarahi keluarga Abam dan pergi ke tanah perkuburan bagi melihat pusara Abam buat kali pertama.

Menerusi IG story isteri Fad, Syaheera Rahman, mereka dilihat sedang berada di rumah Abam dan berjumpa dengan anak allahyarham.

Akan jaga anak Abam

Fad juga sempat menambah bahawa dia akan menjaga anak Abam seperti anaknya sendiri sambil memuat naik gambar bersama Hamzah di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyennya, dia sekarang mempunyai 4 orang anak termasuklah anak kepada allahyarham.

Syed Uthman Hamzah baru sahaja berumur 8 bulan ketika bapanya meninggal dunia Isnin lalu. Dia yang belum mengerti apa-apa terlihat manja dengan sesiapa sahaja yang mendakapnya.

Sebelum ini, Fad dan keluarga berada di Jepun semasa menerima perkhabaran Abam meninggal dunia. Oleh sebab itu, dia agak terkilan kerana tidak dapat bersama yang lain mengebumikan sahabat akrabnya pada petang isnin.

Sumber : Syaheeraarahman, Fad Bocey

Masuk Tiga Hari Abam Tiada, Pusaranya Tak Putus-putus Diziarahi Sahabat Handai

Hari ini, hari ketiga Allahyrham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 atau Abam Bocey meninggalk4n dunia4 yang fana. Tanah Perkuuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak tempat dikebum1kan juga tak sunyi dari kunjungan orang ramai yang mengenali Allahyrh4m Abam.

Termasuklah rakan-rakan artis malah insan-insan yang pernah dibantu oleh Abam tanpa sesiapa pun ketahui tak putus-putus menziarahi pusara Abam yang disayangi ramai ini.

Terkini, pelawak, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Bin Azmi berkongsi momen-momen berada di pusara Abam. Shahrol kelihatan membacakan doa yang masih merah itu.

Turut kelihatan di tempat sama itu, rakan baik Abam, Achey bersama isterinya. Shahrol juga menziarah ibu Abam yang duduk berkerusi roda. Sebak melihat keadaan ibu yang masih sugul dengan pemergian anak yang telah meninggalkannya untuk selamanya.

Shahrol Shiro berkongsi di ruangan instagramnya,

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mau berbuat baik.. Kita baik ramai yang sayang..Terima kasih kerana mengajar kami sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan ini..

Salam takziah buat semua ahli keluarga.. @acheykintangkintung dan @fadbocey jangan patah semangat.. Teruskan berkarya memberikan manfaat buat semua..

Semoga Allahyarh4m @abam_bocik ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.. Alfatihah

Al Fatihah..

Sebagaimana yang pernah dituturkan oleh Allahyarham, ‘orang baik ramai sayang’ begitulah seharusnya dipelajari dari kata-kata ini. Teruslah berbuat baik, agar sehingga tiada pun jasa mu masih dikenang orang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*