Pertama Kali Dalam Hidup Mawar Rashid, Menangis Di Depan Kaabah Ketika Umrah




Pelakon Mawar Rashid berkongsi perasaan sayu dan syukur apabila dapat mengerjakan ibadah umrah buat pertama kalinya.

Kata Mawar, perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hingga pelakon drama bersiri TQ Captain itu menitiskan air mata di hadapan Kaabah.

SEBELUM INI MAWAR MUAT NAIK GAMBAR TANDA SYUKUR

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Selesai umrah pertama buat pertama kalinya.
Terima kasih kerana menjemputku Ya Allah ,Mawar doakan kalian semua pun dapat datang buat umrah ke tanah suci ini . Ramai DM Mawar untuk kirimkan doa. Mawar buka ruang comment sini untuk semua yang nk kirimkan doa. Mawar akan baca yang sebanyak mungkin doa kalian. Terima kasih semua yang mendoakan Mawar dan keluarga.

“ Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan anak berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Makkah untuk mengerjakan umrah kami.

“ Dah lama sbenarnya pasang niat akhirnya tertunai.

“ Perasaan yang tak dapat digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. bahagianya, tenangnya, sayunya.

“ Rasa macam diri ini kecil sangat-sangat, Mawar juga yakin peluang yang diberi Allah ini untuk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya,” tulisnya yang berkongsi sepotong video sedang menangis.

View this post on Instagram

‎ٱلْـحَـمْـدُ للهِ , Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. ‎ٱلْـحَـمْـدُ للهِ يا الله kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mwr pasang niat akhirnya tertunai, ٱلْـحَـمْـدُ للهِ 💕🕋Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ Perasaan yang tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. “BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA” Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni untuk perbetulkan diri Mwr kembali ke fitrahNya. YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca. YA ALLAH YA TUHANKU, kurniakan kami hidayahmu dan ilmu2 yang bermanfaat kpd kami untuk berjaya di dunia & di akhirat. YA ALLAH YA TUHANKU, kau berikanlah keberkatan dalam rumah tangga ku. Kau kurniakanlah aku anak2 yang soleh & solehah dan patuh kpd ibu bapa. YA ALLAH YA TUHANKU, kau permudahkanlah segala urusanku untuk jalankan perniagaan @mawarose_hq dan dapat memberi manfaat di dunia & akhirat. Semoga daku dapat membantu mummy, adik bradik, seluruh ahli keluargaku dan semua org yang memerlukan untuk mencapai kejayaan. آمين يا رب العالمين

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar turut memanjatkan doa agar diberikan kesihatan baik dan keberkatan dalam rumah tangganya bersama Raf Yaakob.

Mawar, Raf dan anaknya, Raden Muhammad Rafael telah berangkat ke Tanah Suci Makkah dua hari lalu untuk mengerjakan ibadah umrah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*