Selepas Naim Daniel, Kali Ini TokTi Pula Jadi ‘Mangsa’ Mulut Azwan Ali




Kontr0vrs1 Azwan Ali dengan beberapa orang selebriti kebelakangan ini sememangnya menjadi bualan hangat di media sosial oleh netizen.

Selain dengan Dato’ Seri Vida dan juga Naim Daniel, nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut terpalit apabila Azwan Ali dikatakan menulis sesuatu yang kurang sopan terhadap Siti di Twitter miliknya.

Melalui Twitter miliknya yang menggunakan akaun @DivaAATersohor, Azwan Ali mempertikaikan kepulangan awal Dato’ Seri Siti selepas habis persembahan di malam Anugerah Juara Lagu.

Di dalam Twit yang sama, Azwan turut menulis kata-kata yang agak kesat dan menimbulkan kontr0vrs1.

Ketika ditemui di majlis sidang media memohon maaf kepada Dato’ Seri Vida, Azwan Ali menjelaskan tentang Twit yang ditulisnya tersebut.

“ Tentang Dato’ Siti ni saya bercakap straight forward tentang her level. Aku mempertikaikan kenapa dia balik cepat.

“ Dulu isu bila dia menang, tapi bukan dia, puak-puak dia lah mencaci hina Noraniza Idris bila Noraniza Idris angkut satu batalion balik sebelum result.

“ itu zaman Noraniza Idris. kenapa kau mesti kcam dia? So again, ni about fanatik Siti. Dia orang ni yang mengutuk Noraniza tak boleh terima keputusan, berterabur lari balik,” kata Azwan dalam satu temu bual.

Tambah Azwan, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pembalasan kepada (peminat) Siti. Bila kena kat Siti, tak berterabur lari balik ke, atau salahkan mikrofon.

“ Siti tahu aku macam manalah, dia tak ada hal pun jumpa aku. Walaupun aku tahu Siti terkilan dengan mulut aku, sebab penyokong-penyokong Sitizoners ni, anak-anak xxxxx! Not my level lah!” kata Azwan lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*