Terkini

Norman Hakim jawab isu lepas tangan, tegur Abby minta berhenti buka mulut soal keluarga

PELAKON Norman Hakim meminta bekas isterinya, Abby Abadi untuk tidak lagi memberikan sebarang kenyataan perihal anak perempuan mereka Marissa Dania yang telah melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan lelaki berstatus suami orang.

Kata Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, tegas mengatakan di tidak pernah lepas tangan terhadap isu perkahwinan anaknya.

“Istighfar, bawa bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” katanya di ruangan komen di Instagram.

Enggan berdiam diri, Abby kemudian membalas komen tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan tindakan Norman tentang isu ini selain mendakwa bekas suaminya itu memang seorang yang suka melakukan satu perkara dengan sesuka hati semenjak anak-anak mereka masih kecil.

Dalam pada itu, Abby juga secara lantang menegaskan bahawa dia sudah letih memendam perasaan terhadap bekas suaminya itu.

“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpam.

“Kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza,” tegas Abby.

Tindakan kedua-dua selebriti itu secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial, dan mengkritik mereka agar tidak menggunakan platform digital itu sebagai tempat untuk berbalah.

Baru-baru ini tular satu tangkap layar memaparkan bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim menerusi ruangan komen menepis dakwaan yang beliau mengambil sikap lepas tangan dalam isu Marissa Dania yang didakwa berkahwin di Thailand dengan lelaki bergelar suami orang. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top