RAJA Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Aidiladha komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
Jabatan Perdana Menteri dalan satu kenyataan memaklumkan kesemua penerima merupakan isi rumah di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bandar kurang daripada RM2,589 sebulan.
Teruskan Membaca“Sumbangan kotak makanan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengandungi barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak, gula, tepung, susu, minyak, bihun, mi segera, biskut, kordial dan sebagainya bagi meringankan beban golongan yang memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidiladha pada 17 Jun nanti,” katanya.
Majlis anjuran bersama Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut menjunjung kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada penduduk Kuala Lumpur yang memerlukan.
Beliau juga berharap agar bantuan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan keceriaan kepada penerima dalam menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma.
Turut hadir, Penaung PUSPANITA Kebangsaan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Baca juga: