Bermula hari ini, 14 November 2024, platform perkhidmatan penstriman filem dan rancangan TV terkemuka di Malaysia, Netflix telah menaikkan harga langganannya.
Menerusi kemas kini pelan & harga, harga langganan paling asas kini bermula serendah RM18.90 hingga premium mencecah RM62.90.
Teruskan MembacaBerikut adalah harga terkini bagi setiap pelan langganan;
- Mudah Alih (Mobile): RM18.90/sebulan
- Asas: RM29.90/sebulan
- Standard: RM49.90/sebulan
- Premium: RM62.90/sebulan
(Slot ahli tambahan boleh ditambah dengan harga RM13 setiap slot/sebulan)
Untuk perbandingan, harga langganan sebelum tarikh hari ini adalah berikut;
- Mudah Alih (Mobile): RM17/sebulan
- Asas: RM28/sebulan
- Standard: RM45/sebulan
- Premium: RM55/sebulan
(Satu slot ahli tambahan RM13/sebulan)
Menerusi maklum balas pengguna Netflix di media sosial, rata-rata mengeluh dengan berita kenaikkan harga perkhidmatan penstriman berkenaan.
“Netflix pun ada kenaikan bahan mentah ke? Pening macam ini semua nak naik harga,” kata @schanazri_
“Dah agak Netflix akan naik harga dekat Malaysia tapi tak sangka cepat sangat. Sebab negara Taiwan minggu lepas baru naik harga,” kata @alwalid000
“Bende macam inilah buat orang tengok filem dekat saluran yang tak betul. Tolonglah win-win situation. Orang filem/platform sokonglah sikit orang awam. Barulah orang awam boleh sokong anda semua,” kata @HazrinHafetz.
Baca juga: