Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan atas sokongan yang diberikan kepadanya ketika melalui cabaran politik.
Beliau menegaskan bahawa hubungan mereka bukan sekadar atas kepentingan politik, tetapi dibina atas dasar kepercayaan dan persaudaraan sejati.
Teruskan Membaca“Persahabatan kami bukan sekadar atas kepentingan politik, tetapi atas dasar setiakawan. Erdoğan memberi sokongan ketika ramai berpaling, dan saya tidak akan melupakan hal itu,”
“Saya tidak boleh tidak menyebut tentang persahabatan saya dengan Presiden Erdoğan, persahabatan yang tidak dibina atas dasar kepentingan, tetapi atas solidariti yang teguh.
“Dalam saat saya menghadapi kesukaran, beliau tetap menghulurkan tangan ketika ramai yang memilih untuk berpaling. Sokongannya bukan sekadar formaliti atau demi kepentingan politik, tetapi satu tanda persaudaraan sejati. Saya tidak pernah melupakannya, dan saya tidak akan melupakan hal itu,”* katanya
semasa ucapan kata-kata alu-aluan sempena Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye di Putrajaya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Turkiye bukan hanya berkisar pada aspek politik dan ekonomi, tetapi juga dibina atas dasar saling menghormati dan memperjuangkan keadilan sejagat.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, teknologi, dan diplomasi.
“Kerjasama, kebijaksanaan, dan kepimpinan Erdoğan sangat dihargai, dan Malaysia berharap untuk terus memperkukuh hubungan ini dalam semangat keamanan, kemakmuran, dan masa depan yang dikongsi bersama,” katanya.