KUALA LUMPUR: Malaysia bukan calang-calang! Negara kita secara rasmi diiktiraf sebagai destinasi pelancongan perubatan nombor satu dunia!
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pengiktirafan ini datang dari firma antarabangsa Nomad Capitalist yang berpangkalan di Dubai dan ia bukan biasa-biasa sebab kita kini sebaris dengan negara hebat macam Singapura, India dan Turkiye!
Teruskan MembacaFakta power:
Tahun 2023 sahaja, pelancongan perubatan di Malaysia jana lebih RM2 bilion hasil, dengan 1.3 juta pelancong kesihatan datang dari serata dunia. Gempak ke tak gempak?
Apa rahsia kita?
✅ Doktor dan jururawat berkelayakan tinggi
✅ Standard rawatan bertaraf antarabangsa
✅ Layanan mesra ala ‘Malaysian hospitality’ yang buat ramai jatuh hati
Dr Dzulkefly turut ucap tahniah kepada semua petugas kesihatan, sektor swasta, pelabur dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) yang jadi tulang belakang kejayaan ni.
Kementerian Kesihatan juga komited nak terus mantapkan:
Penjagaan kesihatan primer
Transformasi digital sistem perubatan
Akses kesihatan yang adil dan mampan
Malaysia bukan je syurga makanan, tapi juga syurga kesihatan!
Kongsikan berita hebat ni dan banggakan dunia dengan kehebatan negara kita!







