KUALA LUMPUR:Malaysia makin jadi tumpuan dunia!
Kali ni, negara-negara Teluk dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti UAE dan Bahrain tunjuk minat besar nak teroka bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital dan Malaysia antara negara yang mereka pandang serius!
Teruskan MembacaSebelum ni, eksport utama GCC ke ASEAN cuma berkisar minyak dan gas je (sekitar 64-67%), tapi sekarang mereka dah mula ubah haluan.
Minat baru? AI, teknologi digital, dan inovasi! Negara Teluk tak nak dikenali hanya sebagai pengeluar minyak lagi.
Malaysia & Singapura kini dilihat sebagai rakan strategik terbaik dalam bidang ni.
Malaysia ada kepakaran, infrastruktur dan bakat itulah yang menarik perhatian pelabur-pelabur besar dari rantau Teluk.
Bukan tu je, pelaburan kewangan Islam pun dijangka meningkat. UAE dan Bahrain dah mula alih pandangan dari Singapura ke Malaysia dan Indonesia.
Khabarnya, lebih banyak pelaburan akan mengalir masuk dalam masa terdekat!
Dalam bidang pendidikan pula, Malaysia pun tak kalah. Universiti kita makin jadi pilihan pelajar dari negara Teluk, yang dulu lebih suka ke UK atau US.
Dengan situasi geopolitik dunia sekarang, Malaysia jadi lokasi yang stabil dan berkualiti untuk pendidikan tinggi.
Soalannya sekarang: Adakah Malaysia bakal jadi pusat AI dan teknologi Islamik terbesar di Asia Tenggara?
Tunggu dan lihat – masa depan nampak cerah!







