Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah tampil memberikan sokongan moral kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan hadir ke mahkamah bagi mengikuti keputusan kes rayuannya.
Menurut Bella, Syed Saddiq merupakan seorang individu yang jujur, ikhlas dan memiliki sifat berani yang dikagumi.
Teruskan Membaca“Sepanjang saya kenal, saya dapat lihat perjuangan dia. Dia seorang yang sangat berani dan ada pendirian,” katanya ketika ditemui pihak media.
Menariknya, ketika diusik mengenai kemungkinan mereka berdua bakal ke butik pengantin selepas ini, Bella dengan tenang menjawab bahawa fokus utamanya kini adalah pada promosi lagu terbarunya, manakala Syed Saddiq pula sedang giat meneruskan perjuangan politik bersama MUDA serta penduduk di kawasannya.