KUALA LUMPUR – Sang Lagenda Rock Negara, Datuk M Nasir bakal menggamatkan Axiata Arena sekali lagi pada 27 September 2025 dalam konsert “DATO’ M N46IR CIPTA 3”.
Dan kali ini, bukan sekadar kenangan dibawa pulang, tapi juga sebuah motosikal Harley Davidson mewah bernilai RM114,000 lengkap insurans Etiqa untuk seorang peminat bertuah!
Teruskan MembacaDengan tema ikonik “Malam Ini Gua Rock” dan slogan “Rock Cara Lu, Janji Rock”, para penonton digalakkan hadir dalam gaya rock tersendiri — bebas, kreatif dan penuh ekspresi!
“Malam itu, saya nak hidupkan kembali kenangan rock yang pernah gegar jiwa anak seni,” kata M. Nasir yang berahsia tentang senarai lagu, tapi janji akan bawa yang ‘padu-padu’ je.
Menurut Iman Tang (pengasas Icon Entertainment), lebih 300,700 orang ‘serbu’ portal tiket sejurus jualan dibuka satu fenomena luar biasa!
“Konsert ni bukan biasa-biasa. Gabungan hebat antara M Nasir, Harley Davidson, Etiqa dan Icon Entertainment.
Hadiah Harley Davidson ni akan diberikan kepada mana-mana pembeli tiket tak kira kategori!” katanya.
Bukan itu je, melalui aplikasi Etiqa+, peminat boleh akses tiket pra-jualan bermula 3 Julai 2025, selama 24 jam sahaja!
“Kami nak bawa pengalaman hiburan digital yang lebih segar. Malah, ada kempen khas untuk menang tiket konsert percuma juga!” kongsi Kamaludin Ahmad, CEO Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful.
📍 Konsert: DATUK M N46IR CIPTA 3
📅 Tarikh: 27 September 2025
🕗 Masa: 8 malam
🏟️ Lokasi: Axiata Arena, KL
📲 Info lanjut & cabutan bertuah? Layari:
👉 @iconentertainmentmy
👉 @datomnasircipta