Enam individu termasuk pasangan pengasas eHati menarik perhatian lensa kamera apabila mereka tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam sekitar jam 10 pagi ini.
Semua suspek dibawa masuk ke galeri mahkamah kira-kira satu jam kemudian di bawah kawalan ketat anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah. Menurut laporan Kosmo, kehadiran mereka adalah bagi proses permohonan reman yang dijalankan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.
Teruskan MembacaSebelum itu, pengasas eHati, Diyana Tahir dan suaminya, Rahim Shukor, telah ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa siasatan kini tertumpu kepada tiga jenis kesalahan berkaitan program motivasi rumah tangga yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.
















