KUALA LUMPUR: Bila selebriti campur dunia bisnes, drama tak lari jauh. Tapi kali ni, Rafidah Ibrahim terpaksa tanggung akibatnya bila kalah kes saman fitnah dan diperintah bayar RM250,000!
Teruskan MembacaDalam kes mahkamah yang baru je selesai, Hakim Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How memutuskan bahawa Rafidah bersalah memfitnah seorang usahawan terkenal, Datuk Haris Embong dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn Bhd (yang juga pemilik jenama Aris Burger)
Menurut mahkamah, Rafidah sebelum ni memuat naik satu posting di media sosial yang dikatakan menjatuhkan imej syarikat Haris. Dalam posting tu, seolah-olah syarikat tu digambarkan macam tak nak bayar hasil kerja, tak beretika, dan berniaga secara “tak berkat”
Hakim tegas cakap, kenyataan tu menjatuhkan maruah plaintif dan buat orang ramai pandang serong dekat bisnes mereka.
“Perkataan-perkataan tersebut telah merendahkan maruah plaintif dan mengajak pembaca menjauhi mereka,” kata hakim.
Tapi menariknya, satu lagi posting yang dibangkitkan dalam kes ni tak dikira fitnah, sebab tak cukup bukti ia tujukan secara langsung pada plaintif.
Dalam masa sama, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) pun tampil beri peringatan. Pihak berkuasa akan pantau ketat semua kandungan media sosial terutamanya yang jelik, fitnah, dan boleh cetus kekacauan.
Korang yang kaki post dan share, awas! Jangan sembarangan sebarkan benda yang belum tentu sahih, silap haribulan, boleh kena saman macam Rafidah ni.
Moral of the story? Zaman sekarang, satu posting pun boleh koyakkan poket RM250k kalau silap langkah. Jadi, sebelum luah perasaan dekat media sosial, fikir panjang dulu. Tangan sebab nak “viral’, reputasi orang lain dan diri sendiri pun musnah. Social media bukan tempot nak lepas geram ikut suka hati.