PETALING JAYA – Pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukan untuk membebankan rakyat, tapi untuk kukuhkan ekonomi negara!
Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam pesan rakyat bertenang dan dapatkan info yang sahih tentang SST. Katanya, setiap dasar ada matlamat, dan SST ni ada kesan berperingkat:
🔹 Jangka pendek: Mungkin ada kenaikan harga barang & servis tertentu.
🔹 Jangka sederhana: Hasil cukai bantu kerajaan tambah bantuan macam STR & SARA.
🔹 Jangka panjang: Kewangan negara lebih stabil = lebih banyak pelaburan untuk pendidikan, kesihatan & keselamatan rakyat!
FYI, kadar Cukai Perkhidmatan naik dari 6% ke 8% mulai 1 Mac 2024, dan hasilnya kutipan SST melonjak 30.3% pada suku pertama 2025!
✅ Duit cukai tu la yang bantu kerajaan tambah bajet untuk bantuan rakyat. Jadi, bukan beban semata-mata… tapi pelaburan untuk masa depan kita semua!
















