PETALING JAYA – Belum muktamad! Malaysia masih ada peluang untuk ‘deal’ dengan Amerika Syarikat (AS) sebelum tarif import 25% dilaksanakan 1 Ogos nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lepas jumpa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, umum berita penting:
Teruskan Membaca“Trump punya surat tu cuma pemberitahuan umum, kita masih ada sebulan untuk bincang,” kata Anwar.
Menurut Anwar, Rubio sendiri akui Malaysia antara rakan dagang utama AS di Asia Tenggara. Washington terbuka untuk dengar dan pertimbang pandangan Malaysia.
Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump umum tarif 25% ke atas beberapa negara ASEAN, termasuk Malaysia.
Kenyataan itu dimuat naik di platform Truth Sosial pada Selasa, sebagai sebahagian daripada strategi baharu dasar perdagangan AS.
Walaupun ramai risau dengan kesan ekonomi, kerajaan Malaysia yakin ada ruang diplomatik untuk capai penyelesaian win-win.
Ada masa sampai 1 Ogos! Doakan rundingan berjalan lancar demi lindungi ekonomi negara!







