KUALA LUMPUR: Personaliti masakan terkenal, Che Nom, umumkan video ‘Creamy Prawn Pasta’ sebagai kandungan berjenama terakhirnya selepas lebih 10 tahun aktif sebagai pencipta kandungan digital.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran di Facebook, Che Nom jelaskan keputusan itu bukan sebab kecewa, tapi sebagai penutup manis buat satu fasa panjang dalam kerjayanya.
“Bukan sebab kecewa, tapi sebab satu fasa dah pun sampai ke penghujungnya,” tulisnya.
Resipi ‘Creamy Prawn Pasta’ yang dikongsi itu merupakan kegemaran anaknya dan dipilih sebagai simbolik video terakhir kandungan tajaan.
Che Nom sebelum ini pernah luah rasa kecewa terhadap isu pencurian kandungan di media sosial, terutamanya di TikTok, yang turut mendorong keputusannya untuk berehat daripada dunia kandungan berbayar.
Sejak 2011, Che Nom telah hasilkan lebih 550 video dan berjaya kumpul lebih 2.34 juta subscribers di YouTube menjadikannya antara nama paling berpengaruh dalam dunia masakan digital Malaysia.
Beliau akan terus aktif di media sosial, tapi fokus pada kandungan yang lebih santai dan peribadi, tanpa tajaan.
“Yang terakhir, tapi penuh makna,” tulisnya ringkas.
















