KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia dilihat semakin kukuh dengan hampir 10 peratus kenaikan dalam tempoh empat bulan dan menurut Pengurus Dana Bertauliah, Datuk Dr. Nazri Khan (DDNK), ia hasil daripada “sentuhan emas” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Teruskan MembacaKatanya, sejak April lalu ringgit berada sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika, namun kini mengukuh kepada RM4.20. Malah, beliau yakin nilai ringgit mampu cecah bawah RM4 menjelang tahun depan.
“PM kita ni macam coach bola, pandai tukar strategi last minute, berani tarik pelabur asing dan tak gentar berdepan kuasa besar macam China, Singapura dan Rusia. Dari sudut ekonomi, beliau memang legend,” katanya dalam satu video di Facebook baru-baru ini.
DDNK yang terkenal dengan tagline “Tak handsome takpa, janji kaya” itu juga menyebut dasar ekonomi Anwar berjaya mengubah persepsi terhadap ringgit yang dulu dianggap lemah.
“Kalau dulu orang cakap ringgit ni macam singa sarkas, sekarang dah jadi harimau bintang yang boleh gegarkan negara,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut ingatkan supaya isu inflasi terus dijaga, supaya pengukuhan ringgit benar-benar dapat beri manfaat kepada rakyat.







