Al-fatihah untuk Charlie Nu’man Salleh, aktor veteran yang meninggal dunia semalam (15 Oktober 2025) akibat kanser usus tahap empat pada usia 71 tahun.
Teruskan MembacaMenurut adiknya, Yusri Salleh, Charlie menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam di rumah anak perempuannya di Sri Rampai, Wangsa Maju.
Sebelum ini beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disahkan menghidap kanser usus dan hanya baru mengetahui keadaannya ketika sedang dirawat di HKL.
Jenazah arwah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.







