Walaupun dunia tengah bergelut dengan cabaran ekonomi global, ekonomi Malaysia tetap menunjukkan prestasi mantap! Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, kongsi angka KDNK Awalan untuk suku keempat 2025 yang dijangka tumbuh 5.7%, satu petanda baik bagi prestasi negara.
Teruskan MembacaMenurut Akmal, pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2025 diunjurkan sekitar 4.9%, melebihi ramalan rasmi 4.0-4.8%. Prestasi ni jelas didorong oleh permintaan domestik yang semakin kuat serta sektor perkhidmatan dan pembuatan yang rancak.
Beliau juga tekankan, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), pertumbuhan tahunan dianggarkan 5.2%, lebih tinggi daripada anggaran awal dalam dokumen RMK13.
“Selain itu, lebih 170 inisiatif pembangunan sosioekonomi telah dilaksanakan, termasuk program bantuan tunai seperti SARA dan STR, yang jelas bantu tingkatkan perbelanjaan isi rumah,” katanya.
Akmal turut ingatkan bahawa Tahun 2026 menandakan permulaan pelaksanaan RMK13, dengan Kementerian Ekonomi komited memastikan setiap inisiatif memberi impak nyata dan dirasai rakyat.
Kerajaan MADANI yakin strategi ini akan terus mengekalkan momentum ekonomi negara, sambil bergerak ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.











