Media sosial sekali lagi gegar bila Zarina Anjoulie buat pengumuman kontroversi: dia jual pakaian dalam preloved dengan harga mencecah RM5,800!
Teruskan MembacaZarina, 39, memuat naik status di Threads menunjukkan ada pasangan suami isteri yang mula bida item tersebut pada RM4,200, sebelum harga naik mendadak sehingga RM5,800. Walaupun ramai yang tersentak, Zarina tetap tenang dan menegaskan jualan itu adalah semata-mata perniagaan.
Dalam hantaran itu, dia tekankan privasi pembeli terjaga, tiada identiti atau wajah yang didedahkan, cuma bukti pembayaran melalui WhatsApp.
“Tolong faham satu perkara, saya berada di media sosial untuk buat duit, bukan nak cari kawan. Kalau tak suka cara saya, tak apa… baki akaun bank saya tak terjejas pun,” tulisnya.
Seperti dijangka, posting itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang terkejut, ada yang ketawa, dan ada juga yang terus memberi kecaman. Tapi Zarina tetap santai, menekankan bahawa semua ini hanyalah urusan perniagaan dan dia tak peduli dengan komen negatif.
















