Ramai penduduk Sabah terkejut malam tadi apabila gegaran gempa bumi kuat berlaku pada pukul 12:57 pagi, direkodkan dengan magnitud 6.8.
Teruskan MembacaPusat gempa berada kira-kira 49 km barat Kudat, dengan kedalaman 678 km. Gegaran ini bukan sahaja dirasai di Sabah, malah ada yang kata sampai Sarawak dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia pun terasa.
Ramai yang kongsi pengalaman di media sosial, dari bangunan yang bergegar sampai ada yang terus terjaga dari tidur.
MetMalaysia pula menenangkan orang ramai, kata gempa ini tidak membawa ancaman tsunami. Walaupun besar, kedalaman yang sangat dalam membuatkan kesannya di permukaan kurang terasa.
MetMalaysia juga akan terus pantau situasi dan kongsi info terkini. Untuk mereka yang terasa gegaran, boleh isi Borang Soal Selidik Gempa Bumi, kerana maklumat dari orang ramai sangat penting untuk menilai kesan sebenar.
















