Nama Hael Husaini kembali jadi sebutan netizen selepas timbul gosip mengatakan penyanyi popular ini sudah secara senyap berkahwin dengan Dayang Nurfaizah pada bulan Disember lalu. Tapi, Hael nampaknya lebih selesa untuk tidak ulas langsung mengenai cerita panas ini.
Teruskan MembacaKetika ditemui di acara fesyen Amber Eid’s Times For Love, Hael dengan sopan memohon maaf dan jelaskan bahawa dia pilih fokus pada kerjaya dan projek muzik yang sedang berjalan, bukannya hal peribadi. “Kalau boleh, saya nak fokus pada kerja je,” katanya ringkas sambil tersenyum.
Sebelum ini, gosip tentang hubungan Hael dan Dayang memang sering muncul, termasuk dakwaan mereka bertunang dan berkahwin secara senyap. Tapi Hael sendiri dah menafikan semua dakwaan tersebut.
Walaupun ramai peminat masih ingin tahu kebenaran di sebalik cerita ini, Hael tetap pegang prinsip untuk tidak beri komen. Difahamkan, dia mahu pastikan kerjaya muziknya terus menjadi fokus utama, tanpa gangguan spekulasi peribadi.
Jadi, buat peminat yang masih curious, nampaknya kita kena tunggu je pengumuman rasmi dari mereka kalau ada. Untuk sekarang, Hael pilih untuk “biar kerja berbicara”!
















