Kali ini, anggota penguat kuasa DBKL akan pakai Body Worn Camera (BWC) semasa membuat rondaan di Bazar Ramadan dan Bazar Syawal!
Menurut DBKL, langkah ni bukan sekadar trend, ia untuk memastikan setiap tindakan penguatkuasaan telus, profesional, dan berhemah, sambil menjaga keselamatan pegawai dan orang awam.
Teruskan MembacaRakaman daripada kamera ni juga boleh menjadi bukti jika ada apa-apa insiden yang berlaku, untuk mengelakkan salah faham atau pertikaian semasa penguatkuasaan dijalankan.
DBKL berkata, BWC ni akan digunakan semasa rondaan bazar, semak lesen peniaga, berinteraksi dengan orang ramai, dan bila buat tindakan penguatkuasaan.
Agensi ni menekankan yang mereka komited dalam memastikan penguatkuasaan berjalan lancar dan adil, supaya warga KL boleh enjoy bazar tanpa rasa risau.
















