Peminat setia kumpulan indie Hujan nampaknya ada sebab untuk teruja tahun ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram oleh ICON Entertainment, mereka memberi bayangan bahawa sesuatu yang istimewa mungkin bakal berlangsung pada 27 Jun 2026.
Teruskan MembacaDalam hantaran tersebut, peminat Hujan yang dikenali sebagai Raingers turut diminta menanda tarikh berkenaan dalam kalendar masing-masing. Walaupun pengumuman dibuat secara ringkas, ia sudah cukup membuatkan ramai peminat mula berteka-teki tentang kejutan yang sedang dirancang.
Lebih menarik, beberapa lagu popular kumpulan itu seperti Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy, Sang Enemy dan Jika Sempat turut disebut dalam perkongsian berkenaan.
Perkara itu sekali gus membuatkan ramai percaya karya-karya ikonik tersebut mungkin akan dipersembahkan semula dalam acara khas berkenaan.
Apa yang pasti, acara ini dipercayai ada kaitan dengan ulang tahun ke-20 perjalanan muzik Hujan dalam industri.
Buat masa ini, lokasi dan konsep sebenar acara masih belum diumumkan. Namun pihak penganjur memberi bayangan bahawa maklumat lanjut akan didedahkan tidak lama lagi menerusi laman rasmi ICON Entertainment serta media sosial Hujan.
Jadi, Raingers.. dah bersedia ke untuk kejutan besar daripada Hujan?
















