Gelagat penyampai radio dan pelawak, Shuib Sepahtu, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama anaknya, Thalita, sempena Aidilfitri.
Menerusi perkongsian di media sosial, Shuib dilihat terharu apabila menerima duit raya daripada Thalita sendiri. Apa yang buat ramai tersentuh, pemberian itu datang daripada keikhlasan si kecil yang mahu berkongsi rezeki dengan ayahnya.
Teruskan MembacaMenurut Shuib, tindakan Thalita itu jelas menunjukkan hasil didikan isterinya, Watie Hanifiah. Dia turut memuji sikap anaknya yang disifatkan memiliki hati yang sangat baik, sama seperti ibunya.
“Such a good heart, macam ibu,” antara luahan Shuib yang menggambarkan rasa bangga dan terharunya melihat sikap penyayang Thalita.
Rata-rata netizen turut tersentuh dengan momen tersebut. Ramai yang memuji cara Shuib dan Watie membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga membentuk peribadi yang baik sejak kecil.
Memang betul, didikan dari rumah itu penting, kecil-kecil lagi dah nampak ‘result’.







