Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 19 Mac 2026, selepas mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Baginda turut menasihati rakyat supaya jangan mudah percaya pada spekulasi yang tersebar di media sosial, kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Teruskan Membaca“Bersabarlah dan rujuk sahaja kenyataan rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Selangor atau khutbah Jumaat,” titah Baginda.
Sultan Sharafuddin juga menjelaskan bahawa Malaysia ada cara tersendiri untuk menentukan awal Ramadan dan Syawal melalui rukyah dan hisab, yang dijalankan secara teratur dan berpandukan pihak berkuasa agama. Kaedah ini sudah lama diyakini dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja, jadi tak perlu banding-banding dengan negara lain.
Jabatan Mufti Negeri Selangor sebelum ini juga menjelaskan, permulaan bulan Islam bergantung pada hilal dan data kedudukan bulan di setiap negara, sebab setiap negara ada matla’ ru’yah yang berbeza.
Dalam masa sama, Baginda menyeru umat Islam supaya fokus kepada ibadah, terutama sepuluh malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan, dan jangan terlalu sibuk dengan tarikh Hari Raya sehingga lupa amalan penting.
















