Hype dah mula terasa! Kumpulan global sensasi dari Korea Selatan, BTS bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi BTS World Tour ‘ARIRANG’ yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember ini di Stadium Nasional TM.
Konsert dua malam ini dijangka jadi antara acara paling besar hujung tahun, dengan pihak Live Nation sudah pun mengumumkan beberapa fasa jualan tiket untuk para peminat.
Teruskan MembacaBagi pemegang ARMY Membership (Global), pendaftaran boleh dibuat menerusi Weverse bermula 22 Mei jam 1 petang hingga 27 Mei jam 11 pagi.
Selepas itu, sesi presale khas untuk ahli ARMY akan dibuka pada 3 Jun, bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.
Tak cukup dengan itu, Trip.com turut menawarkan presale eksklusif pada 4 Jun dari jam 9 pagi hingga 11.59 malam, diikuti presale Live Nation pada hari sama, jam 11 pagi hingga 10 malam untuk mereka yang mendaftar keahlian percuma.
Jualan umum pula akan dibuka pada 5 Jun bermula jam 11 pagi dan dijangka ‘sold out’ dalam masa singkat.
Di ruangan komen, ramai peminat sudah mula berkongsi keterujaan dan masing-masing bersiap sedia untuk ‘bertempur’ mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulan popular dengan lagu “Butter” itu secara live.
















