PETALING JAYA : Bangga weh!, nama Institut Jantung Negara (IJN) kini meniti di bibir pemimpin tertinggi Brunei sendiri!
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, secara peribadi menyampaikan pujian melambung terhadap mutu perkhidmatan dan kepakaran doktor-doktor di IJN.
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan perkara itu selepas menziarahi baginda sebelum berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.
“Baginda nyatakan kepuasan terhadap mutu khidmat dan kecekapan doktor IJN walaupun baginda sendiri ada akses kepada perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa,” kata Anwar, bangga.
Fuh, bukan calang-calang bila Sultan Brunei sendiri bagi thumbs up!
Ini membuktikan IJN bukan biasa-biasa, malah mampu berdiri sama tinggi dengan hospital top dunia.
Anwar berkongsi cerita tu masa mempengerusikan Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIMM) Siri 6 dekat Menara Prasarana.
Forum tu bincang pasal isu pengangkutan awam dan kesejahteraan rakyat.
Antara yang join sekali ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Naib Canselor UPM Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan CEO Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah.
Jelas, bila servis tip top, dunia pun pandang. Tahniah IJN!
Malaysia boleh, bro!







