Pelakon Azar Azmi kembali mencuri perhatian apabila dilihat muncul semula di set penggambaran selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Bambamstudioofficial, Azar dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengakui dirinya berasa gementar untuk kembali berdepan kamera selepas sekian lama.
Teruskan Membaca“Saya nervous… saya takut,” luahnya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tersentuh melihat keadaan Azar. Rata-rata memenuhi ruangan komen dengan kata-kata semangat dan berharap kemunculan semula pelakon itu menjadi permulaan baharu buat kerjayanya dalam industri seni.
















