FINAS mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atas kejayaan produksi Les’ Copaque Production yang berjaya membawa pulang dua anugerah di Asia Pacific Broadcasting Awards 2026 di Singapura.
Kemenangan itu diraih menerusi siri animasi popular Upin & Ipin bagi musim 18 (Minyak Sawit: Animation Storytelling) dan musim 19 (Wira Minyak Sawit: Audience Centric Multi-Platform Solutions), sekali gus membuktikan karya animasi tempatan semakin mendapat tempat di mata dunia.
Teruskan MembacaMenurut FINAS, pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menunjukkan industri animasi Malaysia terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
FINAS turut menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti bahawa karya tempatan ada standard tersendiri dan semakin diiktiraf di luar negara.
















