Aksi Menari Se ksi Andi Bernadee Dengan Perempuan Dalam Rumah Tarik Perhatian, Ramai Tertanya Siapa Wanita Itu

Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Andi Bernadee mengundang perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video dia menari bersama seorang perempuan.

Video itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Dalam video tersebut, Andi dan seorang gadis berbaju hitam menari berpegang tangan dalam sebuah rumah.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut dan ada juga yang berpendapat aksi tarian itu kelihatan lucah.

“ Sorry, luc4h lah.

“ What the hell.

“ Masya-Allah, dosa besar.

“ Haramlah berpegang-pegang,” tulis netizen.

Namun begitu, Andi mengambil langkah untuk berdiam diri tanpa membalas sebarang komen dari pengikutnya itu.

Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 390,500 serta lebih daripada 2400 komen.

View this post on Instagram

#Shimmy

A post shared by Shimmy – Release Soon (@andibernadee) on

Sedikit info mengenai Andi,

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah “Aku Bukan Abang Toyib” mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu “Putus Terpaksa” nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu “Tak Tun Tuang”.

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul “Tiada Lagi Maaf”, namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, “Semalam Sahur Di Mana” dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

Andi menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.

Beliau melancarkan single ketiganya, “Donde” pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘di mana’ dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Gempak, Wiki

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*