‘Aku Tak Pernah Minta Macam Ni, Aku Minta Biasa-Biasa Je,’ Mawi Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya

Penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani akui dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku ketika zamannya disanjung selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.

“Saya tak tahu benda apa, saya tertanya dalam diri kenapa aku menangis, kenapa hidup aku macam ini?

“Pergi mana-mana terkejut lihat sampai baju kena tarik. Ya Allah ya Tuhanku kenapa kau bagi sampai macam ini sekali Ya Allah?

“Aku tak pernah minta macam ni, aku minta biasa-biasa je,” katanya.

Mawi mendedahkan kisah hidupnya itu di dalam segmen inspirasi bersama Mawi di Zayan.

Penyampai radio Zayan itu menceritakan perjalanan hidupnya daripada sebelum menjadi artis sehingga kini.

Dalam masa yang sama Mawi turut memberitahu mengapa dia pernah menyepi seketika.

“Saya hanya boleh beritahu ketika itu saya sakit. Saya peru duduk sahaja di rumah.

“Ada juga orang panggil buat show tapi saya terpaksa tolak,” katanya lagi.

Ikuti luahan hati serta pendedahan istimewa Mawi di dalam video temubual di Instagram Zayan.

Juara AF3 itu menjadi satu-satunya penyanyi yang disanjung dan mempunyai pengikut serta peminat yang ramai serta menjadi kegilaan ramai beberapa tahun bermula 2005.

Kisah Inspirasi Mawi

Saya taktahu benda apa saya tertanya dalam diri kenapa aku menangis, kenapa hidup aku macam ini? Pergi mana-mana terkejut sampai baju kena tarik. Ya Allah ya Tuhanku kenapa kau bagi sampai mani ini sekali Ya Allah. Aku tak pernah minta macam ni, aku minta biasa-biasa je. Istimewa kami bawakan semula kisah inspirasi daripada Mawi

GEMPAK, awattt syeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*