Amy Search Main Redah Saja Hantar Makanan, Janji Lepas Ini Datang Menyanyi Hiburkan Petugas HSB

Pengorbanan kakitangan perubatan yang bertungkus lumus merawat pesak1t yang dijangkiti virvs COVlD-l9 terus mendapat penghargaan orang ramai.

Bukan sekadar penat lelah, tak cukup rehat, tak cukup tidur, tetapi paling besar pengorbanan mereka adalah mengetahui mereka orang paling berisiko dijangkiti virvs itu.

Justeru, keringat dan pengorbanan anggota petugas barisan hadapan yang bergelut untuk membendung penularan wab4k COVlD-l9 turut mendapat sokongan padu daripada golongan selebriti.

Vokalis kumpulan Search, Amy, misalnya semalam tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan dan minuman petang untuk pasukan perubatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).

” Alhamduluillah, sedikit minuman petang untuk barisan hadapan kita yang bertungkus-lumus memastikan keadaan pesak1t-pesak1t COVlD-l9 (agar mereka) dapat merawat dengan tenang.

” Terima kasih Dr Shantini dan unit korporat komunikasi COVlD-l9,” tulisnya di media sosial.

Kehadiran Amy dan isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish, ke HSB adalah untuk menyumbangkan sekurang-kurang 200 pek nasi lemak, bihun serta kuih-muih.

Pasangan itu turut menghulurkan pek minuman segera produk jenama keluaran mereka, Phewiiit Coffee Malaysia.

Amy kemudian berjanji sekiranya segala urusan menangani COVlD-l9 selesai, dia akan datang semula ke HSB untuk menghiburkan kakitangan di situ.

Main redah saja datang

” Insya-Allah kasi settel semua, abang datang nyanyi kat sini OK. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin.

” Korang (kamu semua) nikmatilah bersama OK. Kalau boleh nak juga aku makan bersama-sama korang,” katanya.

Sementara itu, Amy ketika dihubungi Malaysiakini berkata, kehadirannya di HSB memang tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak pengurusan terlebih dahulu.

Katanya, tindakannya datang untuk menghulurkan makanan dan minuman petang itu dilakukan secara “main redah” saja.

” Saya tak ada hubungi sesiapa nak maklumkan kami nak datang terlebih dahulu. Memang main redah.

” Sampai sana, saya dan isteri bertemu pengawal dan mereka arahkan untuk bagi makanan dari luar pintu masuk saja,” katanya.

Ditanya sama ada dia bimbang atau tidak untuk mendekati hospital yang kini mengendalikan pesak1t COVlD-l9, Amy menjawab dia datang dengan persediaan yang rapi, dan selebihnya tawakal.

” Saya datang dengan penutup hidung dan mulut, pakai sarung tangan dan pastikan bawa hand sanitizer ke mana-mana. Memang kena disiplin pasal perkara macam ni.

” Memang kalau takdirnya nak kena tu, kena juga, tapi sekurang-kurangnya saya dah ikut saranan kerajaan untuk pastikan diri sentiasa dijauhkan daripada penyak1t berkenaan,” katanya.

Rata-rata peminat memuji tndakan Amy Search yang prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh petugas hospital.

” Moga bertambah rezeki atas sumbangan yang diberikan pada pihak terbabit. Aamiin.” tulis Mat Anep

” Terbaek bro Amy, Alhamdulillah… semoga Allah SWT memberi ganjaran yg setimpal buat bro berdua dan semua yg terlibat…. amiiin”, tulis Syamsul Anuar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*