Bayaran Bantuan Prihatin Nasional, Menteri Kewangan Beri ‘Berita Baik’ Kepada Penerima Yang Masih Menunggu Duit Masuk

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

Pemohon juga diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Bayaran fasa kedua BPN sehingga 22 Mei

Malah, bayaran bagi fasa kedua BPN yang sepatutnya selesai hujung minggu lalu akan diteruskan sehingga 22 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Selama hampir dua bulan tanpa henti, pegawai-pegawai ini bertungkus-lumus memastikan BPN dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.

Menurutnya, bayaran untuk BPN bagi permohonan baharu dan rayuan mula diberikan sejak 15 Mei lalu yang membabitkan 830,000 penerima dengan bayaran sebanyak RM620 juta.

“Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

“Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu, namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei ini,” katanya.

HMETRO ONLINE / rentas asia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

9 Comments

  1. Assalamualaikum..selamat berpuasa dan selamat hari raya ..portal lhdn..bpn & (bph)..saya nak bertanya..kepada pihak yang berkenaan bantuan kategori b40 sahaja.semakan yang saya terimah bph belum masuk..dan saya mohon rayuan bagi b40..saya mohon bantuan daripada sesiapa yang sudi menghulurkan..terimah kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan tersebut..terutama di barisan hadapan…👨‍👩‍👧‍👧 Stay at home,kita jaga kita.

    • MAY 20, 2020 AT 3:49 PM
      Your comment is awaiting moderation.
      Assalamualaikum..selamat berpuasa dan selamat hari raya ..portal lhdn..bpn & (bph)..saya nak bertanya..kepada pihak yang berkenaan bantuan kategori b40 sahaja.semakan yang saya terimah bph belum masuk..dan saya mohon rayuan bagi b40..saya mohon bantuan daripada sesiapa yang sudi menghulurkan..terimah kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan tersebut..terutama di barisan hadapan…👨‍👩‍👧‍👧 Stay at home,kita jaga kita.
      REPLY

  2. Nama saya AMRAN ARIFIN,umur 56 tahun i/c 630831045557, seorang bapa tunggal dgn gaji rm 2000 ke bawah, wang bantuan perihatin saya hanya lulus rm 500 sahaja,jika mengikut pemberian kerajaan, saya layak rm800. Tolong semak data base saya.Harap pihak LHDN dapat membantu saya yang kehilang kerja.

  3. Saya seorang bapa tunggal, bekerja sebagai buruh am dengan gaji rm 1700. Sepatutnya saya layak untuk menerima bantuan perihatin sebanyak rm 800. Mengapa saya hanya lulus rm 500???. Saya hanya pihak LHDN periksa data base saya dengan betul. Amran Bin Arifin i/c 630831045557.

  4. Salam…nk bpn Saye lulu’s tapi sye pkai acct waris Cuma tak pastI masUK account waris atau Saye kena buat tunaI di bsn

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*