‘Kanada Dan Jerman Beri RM24,000 Seorang. Rakyat Malaysia Hanya Dapat RM500, Sepatutnya Kita Dapat Lebih Dari Itu’ – Aktivis Numan Afifi

Numan Afifi membidas langkah kerajaan yang hanya memberikan sumbangan RM500 kepada rakyat bujang di negara ini.

Numan melalui ciapan di laman Twitter berkata rakyat di negara ini sepatutnya layak mendapat peruntukkan yang lebih besar dari kerajaan.

“Kerajaan Kanada dan German memberikan sumbangan (kira-kira) RM24 ribu seorang, manakala rakyat Malaysian yang bujang hanya mendapat RM500-800.

“Kita layak mendapat lebih dari itu,” ujarnya sebentar tadi.

Melalui ciapan yang sama, bekas setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq Abd Rahman itu turut memuat naik gambar berhubung sumbangan negara tersebut kepada rakyatnya.

Kerajaan Canada sebelum ini mengumumkan peruntukkan sehingga RM6,000 selama 4 bulan kepada rakyat di negara itu yang dibuang kerja ekoran waabak C0ovid-19 yang melanda.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat.

Menerusi teks ucapan setebal 16 muka surat itu, Muhyiddin berkata, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabaak C0ovid-19.

Muhyiddin yang mengambil masa kira-kira 40 minit membaca teks ucapan tersebut memaklumkan bahawa langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional.

SUARA TV / CITER MAYA

Artikel lain yang berkaitan….

“Janganlah dengki dengan orang kaya” – Tun Mahathir.

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari 2020 telah merakamkan ucapan Tun Mahathir yang memberikan pelbagai pesanan kepada masyarakat Malaysia. Dalam mengejar pembangunan negara, Perdana Menteri meminta semua pihak supaya tidak berasa “iri hati” dengan orang kaya.

Dr Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas yang membenarkan sesiapa sahaja yang sanggup berusaha untuk menambah pendapatan mereka.

Lebih-lebih lagi, katanya, golongan tersebut mempunyai sumbangan tersendiri dalam bentuk cukai yang dibayar kepada kerajaan, dan ia dijadikan dana untuk mentadbir negara.

“ Ada daripada kita yang berasa iri hati melihat mereka begitu kaya, terutama apabila mereka menjadi kaya hasil daripada sumbangan kita. Tapi perasaan iri hati ini perlu dipendam, jangan dibiar untuk mempengaruhi diri kita.

“ Kerana yang kaya ini diperlukan supaya mereka membayar cukai yang tinggi, kadang-kadang ratusan juta dibayar kepada kerajaan, dan wang inilah yang kita guna untuk membayar gaji kita semua dan untuk membangunkan negara.

“ Kalau semua penduduk negara kita ini miskin belaka, atau tak (mempunyai) keupayaan untuk membayar cukai, dari manakah kita akan dapat dana untuk mentadbir negara? Ini perkara yang kita harus fikir sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan perdana menteri dengan warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra pagi ini.

Dalam pada itu, Mahathir turut menyeru golongan miskin untuk menyambut usaha kerajaan yang akan dilakukan bagi membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Miskin, kaya semua ada tempat

Katanya, jentera kerajaan – baik menteri mahupun pegawai kerajaan – perlu bekerjasama untuk menjelaskan kepada golongan miskin bahawa kemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan, tetapi dengan produktiviti.

“ Kenapa mereka miskin? Sebabnya ialah kerana mereka tidak produktif, tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat yang mana masyarakat akan membalas dengan memberi upah dan balasan kepada mereka.

” Kita akan perkenalkan cara-cara si miskin menambah pendapatan mereka. Tetapi mereka mestilah sambut cara-cara ini dan amalkannya,” katanya lagi.

Tambah Mahathir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan golongan miskin boleh diatasi jika mereka sanggup belajar, bukan sahaja cara membuat kerja, tetapi juga berkaitan sikap dan amalan baik dalam menunaikan tugas, iaitu untuk ikhlas, tidak menipu dan tidak terlibat dalam rasuah.

“ Ada tempat bagi yang miskin, ada tempat bagi yang kaya. Tetapi yang kaya mestilah berusaha untuk menolong yang miskin (dalam bentuk tanggunjawab sosial korporat dan cukai),” tambahnya.

Mengulas tentang kerjasama dalam jentera kerajaan juga, Mahathir meminta semua pihak mengetepikan perasaan peribadi bagi memastikan segala dasar untuk membangunkan negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dapat dilaksanakan dengan jayanya.

WKB 2030 ialah rangka tindakan kerajaan untuk tempoh 2021 hingga 2030 bagi meningkatkan pendapatan semua kumpulan rakyat, yang mempunyai matlamat untuk menyediakan taraf hidup wajar kepada semua rakyat menjelang 2030.

Ia dilancarkan Mahathir sendiri pada 5 Oktober 2019 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi yang luas antara rakyat dan pengagihan pendapatan dan pembangunan yang adil, akibat salah guna kuasa dan amalan rasuah di kalangan ahli politik dan penjawat awam.

“ Perasaan diri sendiri tak sepenting seperti kejayaan pembangunan negara. Kemungkinan untuk kita berjaya mencapai matlamat kita adalah amat besar, tapi kita harus tahu bagaimana nak melaksanakan dasar-dasar, rancangan dan strategi kita.

“ Saya harap semua pihak akan tumpukan pada negara, bukan pada diri sendiri.

“[…] Kita berada di sini, dan rakyat bersedia untuk memberi jawatan kepada kita, memberi upah kepada kita, sebabnya kita ditugaskan untuk menentukan kejayaan negara untuk rakyat. Rakyat akan berterima kasih kalau kita berusaha untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya lagi.

Dan untuk membangunkan negara juga, Mahathir sekali lagi berpesan, agar semua pihak, baik kerajaan mahupun rakyat, berusaha untuk membebaskan daripada amalan rasuah.

Katanya, negara yang kaya sekalipun tidak akan dapat dibangunkan akibat rasuah.

Sebaliknya, menurut beliau, negara yang mempunyai rakyat yang berpegang teguh dengan semangat mahu menyumbang kepada negara tanpa mengamalkan rasuah, negara itu akan mencapai kejayaan.

Tambahnya lagi, sekiranya kerajaan dan rakyat memainkan peranan masing-masing, Malaysia akan mampu mencapai negara maju pada 2030, malah mungkin lebih awal daripada itu sekiranya semua pihak betul-betul berusaha ke arah itu. Rakaman ucapan tersebut telah disiarkan di page Tun Mahathir di laman sosial facebook yang menjadi viral di laman sosial.

Artikel ini dipetik dari Sumber : seleksinetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*