Sesuatu Yang Dijangka Akan Berlaku Pada Pertengahan Julai. DG Noor Hisham Beri Penjelasan

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVlD-19 sekitar pertengahan bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia

Beliau yakin unjuran itu mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia kekal patuh dengan semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan dan memakai pelitup separuh muka.

“ Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatkan peningkatan kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi.

“ Jumlah kes baharu juga semakin berkurangan dengan beberapa kali mencatatkan satu angka dalam sehari dan mungkin dalam sebulan lagi, jika rakyat patuh SOP dan nasihat KKM, kita akan berjaya capai sifar kes baharu.

“ Tindakan untuk kita berjaya capai sifar kes COVlD-19 ketika ini bukan pada KKM, sebaliknya bergantung sama ada rakyat patuh SOP atau tidak,” katanya pada sidang media harian mengenai COV-19 di sini, hari ini.

Majlis kahwin, tunang, tahlil, akikah dibenarkan

Semua majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan boleh dianjurkan bermula Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata selain itu majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi serta majlis perjumpaan semula juga dibenarkan.

Katanya, majlis itu dihadkan masanya untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang.

“ Kapasiti ini juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial. Makanan majlis perlu secara hidang atau bufet disediakan, pramusaji hendaklah menghidangkan makanan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) seperti merekodkan kehadiran tetamu, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka mesti dilakukan.

Katanya, penganjur majlis sosial yang mungkin sukar mengawal kehadiran tetamu yang ramai, dinasihat untuk menangguhkan penganjuran majlis berkenaan.

BHARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*