2 Pegawai Jabatan Siasatan Jnayah Ditahan, Gunakan Artis Untuk ‘Cuci’ Duit Har4m

CHERAS: Dua pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki ada kaitan dengan kes pengubahan wang haram yang membabitkan selebriti tanah air.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, namun bagaimanapun beliau menjelaskan, pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kes kini disiasat SPRM. Pihak terbabit tidak maklumkan penahanan pegawai kerana isu pengubahan wang haram atau kes lain. Bagaimanapun, kita turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes berkenaan (cuci duit) atau kes lain.

“Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman (Datuk Zamri Yahya) akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.

Agensi itu juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.

BH memetik sumber SPRM berkata, suruhanjaya itu juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Dalam pendedahan sebelum ini, BH melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Sumber : Beritah Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*