20 Troll Terbaik Najib Razak Di Facebook. No 14 Paling Viral Dan Sebutan Warganet…

Sebut sahaja nama Datuk Seri Najib Razak, sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Sebagai mantan perdana menteri ke-6 negara yang terpaksa akur dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, beliau mengakui dirinya lebih aktif di media sosial, Facebook (FB).

Rajin membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu politik semasa dan kos sara hidup rakyat, FB milik beliau sentiasa menarik perhatian warga net.

Ekoran muatnaik tersebut khususnya yang berbunyi sindiran baru-baru ini, beliau digelar sebagai ‘bapa troll kebangsaan’ oleh segelintir daripada 3 juta pengikutnya.

Disenaraikan antara 20 sindiran terbaik Najib Razak di Facebook yang menjadi viral dan sebutan ramai.

PRK Cameron Highlands 2019

a group of people posing for the camera

© Provided by FMT MEDIA SDN BHD

Baru-baru ini, ahli Parlimen Pekan itu turun padang bagi membantu kempen BN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Namun, beliau mendakwa, kehadirannya itu tidak disenangi beberapa pihak dan sepanjang kunjungannya di sana, beliau ‘menghadiahkan’ sesuatu kepada seteru politiknya.

1) Tiba-tiba teringat. Menteri Wilayah Persekutuan buat apa kat Cameron Highlands?Saya datang jauh-jauh ini nak beli strawberi. Menteri Wilayah Persekutuan beli juga ke?

Dan satu lagi, kenapa DAP panas saya datang beli strawberi? (19 Januari 2019, 51k sukaan).

2) Pakai helmet dulu. Kita nak serbu kubu PH mana lagi ni?

Siapa nak ikut, jom! (18 Januari 2019, 78k sukaan).

3) Dah sampai Cameron Highlands. Saya datang ini nak beli strawberi saja.

Jangan stress sangat lah DAP. (17 Januari 2019, 50k sukaan).

a group of people around each other

© Provided byFMT MEDIA SDN BHD

Menteri Wilayah Persekutuan

Bagi mereka yang mengikuti status Najib di Facebook, sudah pasti menjangkakan, nama Menteri Wilayah Perseketuan, Khalid Abdul Samad termasuk di dalam senarai ini. Ini terutamanya, selepas gambar Khalid dan Najib di dalam masjid, di Cameron Highlands, tular baru-baru ini.

4) Oh, sebelah kiri saya ini tauke Harapan Coin.

Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah. (18 Januari 2019, 61k sukaan).

Bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam membalas hantaran tersebut di Facebook rasmi beliau dengan kapsyen;

“Ada yang pakai baju oren nak join Amanah ke nak training baju Sungai Buloh?. Kalau nak join Amanah tu maaflah… kalau Sungai Buloh tu Harapan cerah.” (19 Januari 2019, 3.3k sukaan).

Tidak mahu mengalah, Najib segera memberikan ‘respon’ di Facebooknya.

5) Memang saya telah ke page FB Khalid Samad pagi ini untuk “like” posting dia kerana saya tengok beliau amat tak puas hati dengan posting saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa posting berturut-turut untuk cuba membalas dendam.

Kenapa serius sangat, YB menteri? Rileks lah.

P.S. Baju saya warna “peach”, bukan oren. (19 Januari 2019, 59k sukaan)

6) Menteri Wilayah kata akhbar WilayahKu bukan propaganda PH. Tapi muka depan naskah pertama amat menarik. Wajah hensem siapa di sana? Kalau boleh, besarkan lagi gambar itu. Terlalu kecil nanti pembaca tak nampak. Bukan kronisme juga, dia kata.

Tapi Ketua Pengarang pun Setiausaha Akhbar Menteri sendiri. (7 Januari 2019, 64k sukaan)

a close up of a newspaper: Keratan muka depan akhbar WilayahKu yang dikongsikan di Facebook, Najib Razak.

© Provided by FMT MEDIA SDN BHD Keratan muka depan akhbar WilayahKu yang dikongsikan di Facebook, Najib Razak.

7) Selamat datang ke Kuala Lumpur, YB Menteri. Maaf, saya tidak pasti YB tinggal di mana sebelum ini. (22 November 2018, 20k sukaan)

Status FB itu bagi mengulas lawatan Khalid ke stesen sistem pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni. Media melaporkan, beliau pertama kali menaiki pengangkutan awam itu teruja apabila mengetahui, kenderaan tersebut tidak mempunyai pemandu.

a person wearing glasses: Dr Maszlee Malik

© Provided by FMT MEDIA SDN BHD Dr Maszlee Malik

Menteri Pendidikan

Ramai yang tahu betapa, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sering menjadi ‘bahan’ usikkan bekas perdana menteri ini di Facebook beliau.

Atas sebab itu, Maszlee pernah tampil memohon maaf kepada Najib dengan mengatakan, beliau masih bertatih di dalam dunia politik.

Bagaimanapun, FMT pernah melaporkan, Maszlee ketika memberi ucapan ulung sebagai Presiden Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyebut, beliau menyertai dunia politik tanah air hanya untuk melihat kejatuhan bekas perdana menteri dan BN.

8) Alangkah bertuahnya Malaysia ada Maszlee. Aset kepada negara. (22 November 2018, 10k sukaan)

9) Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia. Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna.

Sayang sekali menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian. Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga. (15 Oktober 2018, 37k sukaan)

10) Alhamdulillah, Maszlee dah balik kerja. Dia tak tahu betapa ramai merinduinya. Maklumlah ada persaingan dari Khalid Samad hiburkan kita.

Jepun dah, Indonesia dah, lepas ini YB ada cadangan nak bersiar-siar ke mana lagi? Saya berharap Maszlee ada perancangan juga untuk fokus kepada sektor pendidikan Malaysia. (10 Januari 2019, 10k sukaan)

11) Biarlah jika Maszlee nak bina stesen minyak Petronas dalam kampus universiti-universiti negara. Dia Menteri Pendidikan kita. Kata Maszlee, ini penting bagi agenda negara untuk melangkah ke ekonomi digital.

Selepas stesen minyak, jangan pula bina plaza tol dalam kampus. Boleh juga timbang buka kedai kasut, kedai stokin dan sebagainya. (16 Disember 2018, 16k sukaan)

12) Saya guna Facebook bersuara sedikit sahaja Maszlee dah tercungap-cungap berlari ke kabinet minta kembalikan baucar buku. Belum lagi mahasiswa-mahasiswi kita mogok lapar, guling-guling atas jalan raya.

Pengsan Maszlee nanti. (14 November 2018, 25k sukaan)

Lain-lain

13) Dengar khabar, 3 minggu lagi PH nak bersalin selepas 9 bulan kahwin.

Anak laki ke perempuan? (19 januari 2019, 65k sukaan)

14) Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah. (14 Januari 2019, 88k sukaan)

15) Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana? (14 Januari 2019, 70k sukaan)

16) Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik. Menteri yang jaga telur itu sudah ke mana?

Peniaga itu juga rungut harga ayam naik. Sebelum ini RM7.50, hari ini RM8.50. SST akan turunkan harga barang. Bukan begitu, Tony dan Guan Eng? (6 Januari 2019, 10k sukaan)

17) Ada yang tak tidur memikirkan adindanya dari Cordoba.

Rakyat tak lena tidur memikirkan kos sara hidup dan keperluan keluarga terutamanya menjelang sesi persekolahan 2019. (27 Disember 2018, 15k sukaan)

18) Lepas baca warkah Cordova.

“Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda”. Drama.

Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang. (26 Disember 2018, 60k sukaan)

19) Janji nak turun harga barang, sebaliknya harga terus naik. Janji nak beri subsidi petrol, kenakan cukai petrol pula. Yang dijanji itu ialah TURUN atau UTURN ?

“In 100 meters, make a u-turn” kata Waze. (22 Disember 2018, 30k sukaan)

20) Kuat sikit YB kuat sikit! Apa dia? Harga barang sekarang lebih murah? Planet mana YB? (12 November 2018, 15k sukaan)

Menariknya, sindiran ini dijangka berterusan, kalau nak tahu lebih lihat sahaja Facebook Najib Razak. Selamat berhibur!

Sumber Artikel : FMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*