Jangan Tangkap Anak Buah Saya, Saya Rela Ditangkap Dan Masuk Penjara – Ahmad Said Buka Mulut

” Jangan tangkap anak buah saya, saya rela ditangkap, (rela) masuk penjara,”

Demikian kata-kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menafikan sukarelawannya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 20 anak buahnya yang merupakan sukarelawan sedang menurunkan bekalan beras daripada lori untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Kijal.

Katanya, dalam masa yang sama beliau menerima panggilan daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Samsuri Mokhtar yang memaklumkan mahu singgah di rumahnya.

Biasalah budak-budak bila jumpa pemimpin…

” Sebaik (Samsuri) tiba, sukarelawan sangat teruja dan sempat mengambil gambar seketika dengan pemimpin mereka (Samsuri) sebelum menyambung semula kerja.

” Budak-budak (sukarelawan) bila jumpa dengan pemimpin nak buat macam mana dan sekiranya perbuatan mereka itu salah, saya minta maaf.

” Saya rela masuk penjara jangan dkwa sukarelawan saya,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kampung Teluk Kalong, Kijal, hari ini.

Ahmad Said berkata, beliau terpaksa menggunakan ramai sukarelawan untuk mengagihkan bantuan kepada 10,000 penerima di kawasan Kijal.

” Sukarelawan ini bekerja siang dan malam tanpa dibayar upah kerana niat kami untuk sampaikan sumbangan kepada semua penduduk Kijal sebelum Ramadan,” katanya.

Ahmad Said mahu ‘sponsor’ individu yang buat laporan itu

Menurutnya, beliau dimaklumkan, satu laporan dibuat seorang individu supaya sukarelawannya itu dikenakan tindakan.

Ahmad Said berkata, beliau menjemput individu terbabit untuk bersama-sama sukarelawannya membantu mengagihkan sumbangan kepada penduduk kawasannya.

” Saya jemput dia turun ke Kijal, saya akan bayar tambang, tempat penginapan dan makan minumnya termasuk membuat surat pelepasan kepada Ketua Polis di tempat tinggalnya termasuk kebenaran polis di Kemaman,” katanya.

Menurutnya, sekiranya terbukti tindakan anak buahnya itu salah, dia rela menerima hukuman.

” Saya rela nak letak 14 hari ke sebulan ke dalam penjara. Saya tak kisah kerana rela berkorban untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, sumbangan barangan makanan yang diagihkan kepada 10,000 penduduk di DUN Kijal adalah membabitkan peruntukan pusat termasuk wangnya sendiri selain diterima daripada penyumbang

Sementara itu, beberapa gambar membabitkan pemimpin parti politik berkumpul secara beramai-ramai tular di media sosial sehingga menimbulkan kec4man netizen.

Gambar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman tular sejak semalam.

Samsuri berkunjung ke rumah Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung agihan peruntukan yang tidak sama rata diterima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Gambar yang dikatakan dirakam pada pertemuan itu memaparkan Samsuri menikmati hidangan makanan bersama Ahmad, selain bergambar dengan orang ramai yang berada di kediaman berkenaan.

Ia turut mengundang kec4man netizen yang mendakwa ia melanggar peraturan PKP termasuk penjarakan sosial.

Malaysia united

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*