Ada MP ‘Kurang Ajar’, Buli MP Paling Muda dan Tua. Sekali Najib Razak Mula Bersuara

Semalam kita menyaksikan hari pertama sidang parlimen. Namun seperti dijangka, masih ada lagi sebahagian dari ahli parlimen saling menjerit dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan ketika berbahas

Speaker Dewan Rakyat yang baru sahaja dilantik, Azhar Azizan Harun mengingatkan ahli Dewan Rakyat untuk tenang ketika berlaku perdebatan di antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Bagaimanapun Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian menggelarkan Azhar sebagai “speaker pintu belakang”.

Azhar mengatakan pelantikannya adalah tanggungjawab penting tetapi ahli parlimen pembangkang terus memberi tekanan terhadapnya.

Beliau kemudian menghentikan ucapannya dan meminta Khalid untuk meninggalkan Dewan hingga akhir persidangan

Syed Saddiq minta pencelahan dgn Tun M. Sekali ‘Diejek’ oleh MP senior

Inilah cabaran YB Syed Saddiq yang mewakili golongan belia dalam arena politik Malaysia.

Nampak gayanya tak kiralah sematang mana pun hujah anda, anda takkan diambil serius dalam arena politik oleh ahli Dewan Rakyat lain yang lebih senior jika anda bergelar belia.

Inilah sentimen yang disimpulkan oleh sebahagian besar golongan muda di media sosial selepas melihat insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pagi tadi.

Insiden bermula ketika Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Syed Saddiq ini kemudiannya disambut dengan ejekan.

“ Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Syed Saddiq Syed mahu menyertai perbahasan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “ Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

“ Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “ Bagi cucu, cucu nak mencelah.

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah topik sohor kini di Twitter.

Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

Berikut pula nasihat dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak

“ Saya harap ahli-ahli parlimen kita akan menjaga adab, tingkah laku dan budi bahasa kita semasa kita berbahas dalam parlimen. Kita perlu sentiasa menjaga akhlak dan emosi kita. Kita tak perlu buli yang paling tua atau yang paling muda. Jangan ambil kira bangsa, umur atau jantina semasa kita berbahas sebab pihak sebelah sana juga ahli parlimen dipilih Rakyat. Kita mesti sentiasa professional dalam Dewan. Fokus pada isu dan fakta. Jangan berlagak macam Lid atau Jelutong. Nanti Rakyat tuduh kita sama seperti Lid dan Jelutong, kita susah hati pulak.”

Rata-rata netizan menyambut baik saranan Najib Razak

“ sangat setuju! sangat kecewa dgn adab dan kualiti tingkahlaku sebahagian MP baik PN mahupun PH. Tempat bahas Idealisme dan Realisme paling mulia jadi tempat melepaskan emosi tanpa akal dan adab!!! Bukan Lid dan Jelutong je…Baling dan sebahgian yg lain2 pun mcm sekufu level je tengok. Bahas Budak sekolah lagi bertamadun, berakhlak, beradab dan berakal..rakyat yg kecewa!

“ Nasihat yang baik DSN. Tolong nasihatkan MP Pasir Salak, Arau dengan Baling. Bahas elok-elok. Yang kat sana perangai tak elok sudahlah, jangan MP dari PN

“ Sokong sgt DSNR terbaik. Mereka AP yg dipilih rakyat, betul kita semua kna jaga tutur kata, adab dan tingkah laku kita. Jgn sikit2 meroyan. Kita sebagai ketua, kita adalah contoh terbaik buat yg di bawah kita.. Allahuakhbar ! Sama2 istiqamah..

“ Nasihat yg sgt baik Dato’.. sy sokong 100%… Biar pun berpendidikan tinggi, hujah yg bernas… Tapi cara luahan tu perlu bertata susila dan tertib.. Rakyat memerhati dan menilai..

Namun ada bbrp wakil yg jelas mempunyai adap yg baik dan penghujahan yg mencerminkan daya intelektualnya sgt baik. Syabas pada YB² yg berkenaan. Secara tidak langsung mereka sudah menarik sokongan rakyat

Tun M tak setuju penyingkiran speaker, Sekali Shahidan dan Bung Moktar Bangun

Mohamad Ariff Md Yusof akan terus kekal sebagai speaker Dewan Rakyat jika bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak meletak jawatan dan sedia memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata ahli Parlimen Umno.

Mereka berkata demikian semasa membahaskan usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Mohamad Ariff selaku speaker di Dewan Rakyat hari ini.

“ Semua ini berlaku kerana Tun, kerana Langkawi yang berhenti. Sebab itu berlaku pertukaran speaker.

“ Kami BN, PAS, GPS diminta untuk menyokong Tun sebagai perdana menteri tetapi sayangnya Tun mengundurkan diri sehingga kami terpaksa memilih orang lain.

“ Ketika Tun berhenti, kami tidak punya pilihan selain memilih Pagoh (Muhyiddin) sebagai perdana menteri,” kata Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika membahaskan usul tersebut.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian menegaskan bahawa beliau juga mahukan Mahathir sebagai perdana menteri.

“ Kami mahukan Tun tetapi dia memutuskan untuk mengundurkan diri, jadi terimalah. Kerajaan baru telah dibentuk, tidak ada yang salah.

“ Sebelum ini, ketika Tun melantik Latheefa Koya ke SPRM dan Tommy Thomas ‘rock and roll’ sebagai (peguam negara), kami juga tidak mempersoalkannya.

“ Perdana menteri hanya mahukan seorang speaker yang sehaluan dengan kerajaan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Shahidan kemudian meminta Mahathir untuk memberi penjelasan. Bekas perdana menteri dua kali itu menegaskan bahawa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Umno.

“ Saya memilih dengan siapa saya mahu bekerjasama. Apabila diberi pilihan untuk bekerjasama dengan Umno, Umno tidak sama dengan Umno yang diasaskan.

“ Ini telah dirampas oleh orang-orang tertentu. Oleh itu, saya tidak dapat bekerjasama dengan Umno,” kata Mahathir, yang memimpin Umno selama 22 tahun.

Bung Moktar kemudian berdiri dan memaklumkan bahawa mereka hanya mengikuti teladan Mahathir.

“ Anda adalah orang yang mengajar kami bagaimana menggerakkan Umno, kami hanya mengikuti ajaran Tun,” katanya.

Sebelumnya, Mahathir juga telah membahaskan usul berhubung penyingkiran Mohamad Ariff.

Dia berpendapat bahawa memiliki “calon lain” bukanlah alasan yang sah untuk menyingkirkan speaker.

“ Sekiranya (speaker) meninggal dunia atau jika dia terlalu uzur untuk bekerja, maka ya (kita dapat menggantikannya), tetapi ini kerana dia (Muhyiddin Yassin) mempunyai calon yang berbeza.

“ Saya juga mempunyai calon perdana menteri yang berbeza,” kata Mahathir.

Usul tersebut akhirnya diputuskan dengan 111 menyokong dan 109 menentang.

Mohamad Ariff akan digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun

Parlimen Baru Je Bersidang, Mat Sabu Dah Bangun ‘Buat HaI’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bangkit menjelaskan isu pertukaran speaker Dewan Rakyat boleh dilakukan.

Mat Sabu mencelah dan menyindir

Bagaimanapun, belum sempat Takiyuddin bangkit memberi penjelasan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu menyampuk dan menyindir dengan menggelar Rashid sebagai ‘bod#h’.

” Speaker bod#h, speaker bod#h,” kata Mohamad Sabu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*