
Sudah semestinya ramai yang terkejut dengan kehilangan penyampai berita popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, yang cukup dikenali karismanya sebagai personaliti TV.
Turut terkesan dengan pemergiannya, rakan seperjuangan arwah, penyampai berita RTM, Datuk Harjit Singh Hullon ketika ditemu bual meluahkan rasa terkilan dan sedih kehilangan seorang sahabat yang cukup rapat dengannya.
30 tahun kami kenal
Perkenalan yang bermula di meja berita RTM, telah melahirkan persahabatan selama 30 tahun, dan sejak daripada itulah mereka menjadi teman rapat yang saling berkongsi suka dan duka.
Terkejut Farit beritahu dia sakit
Allahyarham Farit Ismeth pembaca berita berdedikasi
20 April – Allahyarham Farit Ismeth Emir antara ikon pembaca berita yang sering dinantikan dalam Berita Dunia yang dahulu dikenali sebagai Dunia Jam 10.Datuk Harjit Singh Hullon yang merupakan antara rakan seangkatan Allahyarham ketika berkhidmat di RTM menyifatkan Allahyarham seorang pembaca berita yang berdedikasi dan disayangi. "JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memastikan kita semua selamat. Andalah wira negara !#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKPD #StayAtHome #DudukRumah #JanganKeluar #KerapBasuhTangan #Jarak1Meter #KitaMestiMenang #KitaTeguhKitaMenang #KitaJagaKita
Posted by Berita RTM on Sunday, April 19, 2020
Jelas Datuk Harjit, beliau terkejut apabila Allahyarham memaklumkan kepadanya mengenai masalah kesihatannya kira-kira setahun yang lalu.
“Saya pun terkejut, dia beritahu dia ada masalah kesihatan…”
Saya kehilangan teman rapat
Dalam nada sebak, Datuk Harjit bagaikan tidak mampu menggambarkan perasaan sedih yang telah kehilangan seorang sahabat yang amat dekat dengannya.
“Saya tak boleh nak kata apa, bagaimana perasaan saya bila kita hilang seseorang yang rapat dengan kita. Banyak perkara kami kongsi bersama…”
Menurut beliau, permergian Allahyarham Farit Ismeth Emir disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam dunia penyiaran berita tanah air.
Berita RTM
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply