4 F0t0 ‘Sugu Pavithra’ di Perkarangan Mhkamah. Pavithra TeIah Menarik BaIik Lap0ran P0Iis Terhadap Suaminya

SUAMI kepada Youtuber masakan terkenal, S Pavithra iaitu M.Sugu didkwa memiliki senj4ta berb4haya, sebilah sabit, dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Sugu, 29, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senj4ta Berbahaya 1959, yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Mohd Fauzi Mohd Nasir pada Jumaat.

Tertuduh dikatakan melakukan kesalahan itu di kawasan parkir di premis hospital pada kira-kira 6 petang Selasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mahinderjit Singh.

Memohon ikat jamin lebih rendah, Mahinderjit Singh berkata, Pavithra telah menarik balik laporan polis pada Rabu (22 Julai).

Peguam turut menyatakan bahawa ia merupakan salah faham antara suami isteri, dan pasangan itumempunyai dua anak, masing-masing berusia dua dan lapan tahun.

“ Isterinya hanya mampu membayar jaminan antara RM5,000 hingga RM10,000,” katanya.

Mohd Fauzi menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes.

Hakim turut menetapkan supaya Sugu melaporkan kepada balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*