71 Orang P0SITlF C0VlD19 Disebabkan Wanita Ini Sahaja. Punca Bagaimana Boleh Terjadi Didedahkan

Seorang wanita yang disahkan positif Cov-19 tidak menyedari bahawa dia telah menjangkiti sekurang-kurangnya 71 penduduk setempat selepas menggunakan lif di blok pangsapuri kediamannya yang terletak di China.

Baru pulang dari Amerika Syarikat

Menerusi laporan yang dipetik Metro UK, wanita yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai baru sahaja pulang ke rumahnya yang terletak di Heilongjiang, China selepas bercuti ke Amerika Syarikat pada 19 Mac 2020 yang lalu.

Difahamkan, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang gelaja malah dia juga disahkan negatif Cov-19. Walaupun begitu, dia diminta untuk menjalani kurantin diri di rumahnya.

Menurut saintis, mereka percaya lif yang pernah digunakan oleh wanita berkenaan selepas kembali dari luar negara telah dicemari dengan vrus Cov-19 sebelum menjngkiti penduduk setempat.

Menurut sumber, meskipun wanita terbabit menaiki lif sendirian untuk ke rumahnya tetapi pada keesokan harinya, lif yang sama telah digunakan oleh jiran di tingkat berlainan.

Jngkiti jiran tetangga

Difahamkan, pada 26 Mac 2020, ibu dan teman lelaki jirannya telah bermalam di pangsapuri berkenaan. Dua hari kemudian, kedua beranak ini keluar menghadiri satu parti bersama sekumpulan individu lain. Difahamkan, tanpa mereka sedari pada ketika itu kedua beranak ini sudah dijngkiti Cov-19.

Pada 2 April 2020, salah seorang individu daripada kumpulan parti berkenaan itu mengalami strok sebelum dikejarkan ke hospital. Namun pada ketika itu, pihak hospital tidak menjalankan ujian Covid-19 terhadap individu berkenaan.

Doktor dan jururawat turut dijangkiti

Namun pada 6 April 2020, individu terbabit didkwa telah dipindahkan ke hospital yang berlainan. Berikutan daripada insiden itu, dua orang anaknya telah datang menjaganya di hospital. Namun tidak lama selepas itu, individu yang mengalami str0k dan dua orang anaknya itu disahkan positif Cov19.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui vrus tersebut sudah menjangkiti seramai 28 orang pesakit termasuk doktor dan jururawat yang berkhidmat di hospital pertama.

Kemudian, vrus tersebut turut menjangkiti 20 orang lagi pesakit di hospital kedua. Difahamkan, wanita berkenaan sekali lagi diminta menjalani ujian dan hasil pemerikasaan menunjukkan dia memang sudah dijangkiti Cov-19. Sementara itu, pihak berkuasa mula mengesan kontak rapat kesemua mereka yang dijangkiti Cov19.

Sumber: Metro UK, Independent UK via RENTAS ASIA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*