83 Jemaah Malaysia Di Ijtima Sulawesi Bakal Ulangi Sejarah Perhimpunan Tabligh Sri Petaling

 

Umum mengetahui perhimpunan Ijtima Tabligh tempohari di Sri Petaling menjadi tempat penuIaran C0v19 sehingga menyebabkan langkah pencegahan awalan terpaksa diambil kerajaan Malaysia.

Namun kini himpunan yang sama dikatakan sedang berlangsung di Desa Pakkatto, Kecamatan Bontomarannu, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan bermula 19 hingga 22 Mac 2020.

Pertemuan umat muslim dengan tema Ijtima Dunia 2020 ini bermula secara rasminya esok, namun kehadiran para jemaah sudah menghampiri angka 40 ribu orang dan dipercayai terdiri daripada jemaah dari 48 negara.

Perhimpunan ini sememangnya dalam pengetahuan kerajaan Indonesia dan penganjur sudah pun dihubungi oleh pihak pemerintah tempatan untuk disarankan menunda majlis perhimpunan tersebut ke satu tarikh lain, sekurang-kurangnya sehingga isu Cov19 disahkan tidak lagi menjadi ancaman.

Hasil maklumat yang diperolehi daripada media arus perdana di sana, majlis Ijtima tersebut sedang rancak disiapkan oleh penganjur. Balai penginapan dan ruangan usrah kini mula dibanjiri oleh para peserta yang turut hadir daripada peserta dari Malaysia dan Iran.

‚ÄúKegiatan ini akan tetap kami lanjutkan sebab kegiatan ini telah kami rencanakan sebelum isu c0v19 merebak,‚Ä̬†kata¬†Panitia pelaksana Ijtima Dunia 2020 Ali Ufran Kamaruddin.

Apa yang membimbangkan dikala negara kita sedang bersiap siaga untuk menghadapi gelombang ketiga penularan c0v19, hampir 83 orang jemaah Malaysia sudahpun didaftarkan hadir.

Tambahan pula dengan kehadiran jemaah daripada negara Iran yang kita semua maklum kini terkesan teruk dengan penularan wabak C0v19. Pasti majlis Ijtima ini bakal mengulang sejarah yang berlaku di Sri Petaling.

Beberapa foto kini tu|ar di media sosial tempatan dan menunjukkan beberapa program usrah sudahpun berjalan sementara menunggu acara rasmi yang bakal mengambil tempat esok.

Difahamkan Ijtima di Sulawesi ini menyasarkan penyertaan seramai 1 juta orang memandangkan Indonesi merupakan negara yang mempunyai penduduk islam yang paling ramai didunia.

‚ÄúKami lebih takut kepada Tuhan,‚Ä̬†kata seorang penganjur, Mustari Bahranuddin, apabila ditanya tentang risiko perserta menyebarkan C0v19, ketika ditanya oleh media.

‚ÄĚKarena semua orang manusia, kita takut penyakit, kematian.¬†Tapi ada sesuatu yang lebih penting selain tubuh, yaitu jiwa,‚Ä̬†ujarnya lagi.

Menurut sumber yang dipetik daripada pemerintah disana, mereka yang terlibat dalam menjayakan Ijtima ini adalah terdiri daripada penganjur yang sama di Sri Petaling tempohari.

Ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing diruangan komen apabila gambar peserta yang sedang beristirehat sebelum acara rasmi bermula tular di media sosial tempatan.

Rata-rata daripadanya tidak bersetuju dengan tindakan penganjur yang tidak peka dengan keadaan yang tidak mengizikan sekarang ini.

Diharapkan program ini mendapat lindungan dariNya dan diperlihara daripada sebarang musibah.

Kita tidak mahu dunia melihat agama lslam dipersalahkan apabila keadaan menjadi buruk.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*